Thursday, July 23, 2009

Kawan Part 1...

Monolog

Cuti semester semua membosankan. Mahu tidaknya, hampir semua cuti semester aku merasa bosan dan tertekan dengan perkara seharian yang aku lakukan di rumah. Makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Nak bekerja? Kerja apa yang aku mahu lakukan? Kerja Petronas dekat dengan rumah aku tu?jadi budak jaga kedai mesra? Pastu kerja habis semua kerja tidur dalam stor?macam tu?.lagi lah bosan. Ye la aku kan budak hyperaktif kata kawan-kawan aku. Jadi, kerja macam tu memang tidak sesuai dengan aku. Aku bukan memilih tapi aku nak kerja yang mencabar, tak bosan. Itu je. Jadi aku tak kerja. Oleh itu jadi lah aku pengasuh sepenuh masa dekat rumah. Rutin harian aku sama saja hari-hari. Bangun pukul 12 tengah hari, hantar adik aku pergi sekolah, balik sambung tidur lagi, bosan sikit buka laptop main game. Cukup masa ambil adik aku balik. Haha. Aduh. Memang bosan. Tapi tidak mengapa, dia adik aku. Baru darjah satu dan bila lagi aku nk hantar dan ambil dia kt sekolah. Inilah masanya pun. Adik aku memang seorang yang nakal. Bila dia tidak kenal seseorang itu dia tak akan bercakap langsung. Jadi pemalu, padahal mulut dialah paling bising dalam rumah. Adik aku ni sekolah agama waktu pagi dan sekolah biasa pada waktu petang. Satu hari, aku hairan kenapa dia masa sekolah pagi dia macam malas je pergi sekolah. Aku Tanya banyak kali tapi dia tetap tak nk jawab. Jadi satu hari tu aku pergi hantar dia sekolah pagi. Kebiasaannya ibu yang akan hantar waktu pagi. Masa hantar dia tu dia diam je,tak ceria,tak macam biasa. Lepas hantar dia, aku pura-pura balik. Sebenarnya aku patah balik sebab nak tengok dia dalam kelas macam mana

1 comment:

Idmalina Mohamad Ideris said...

ala anas...mana sambungnya?tgh syok2 aku bc,alih2 trgantung...

nnti ko sambung lg tau...