Monday, July 27, 2009

Kawan part 2

Aku mengendap kat tingkap kelas dia. Humm. Baru aku tahu kenapa dia muram bila sekolah pagi. Aku tengok dia duduk seorang diri dalam kelas belakang sekali. Kawan-kawan dia semua duduk depan, duduk sama-sama pulak tu. Dia je yang duduk sorang kat belakang. Sebak hati aku tengok adik sendiri macam tu. Waktu rehat, adik aku ambil makanan, jadi kenalah beratur. Dalam barisan tu kat depan semua kawan-kawan dia. Tiba-tiba, salah seorang dari kawan diorang datang. Bukan nak beratur, terus masuk dalam barisan kawan-kawan dia tu. Terpaksa lah adik aku kat belakang lagi. Sedih. Memang sedih. Kalau aku pun aku tak nak pergi sekolah macam tu. Kita pergi sebab kawan ada, kawan ramai, sebab tu jadi seronok. Situasi adik aku pulak berbeza. Kesian pun ada. Balik sekolah aku cakap dekat adik aku, “adik ok? Sekolah best”, dia angguk je, aku sedar dia tak seronok langsung. Tapi aku rasa dia tak tahan jadi terkeluar dari mulut dia “adik tak nak pergi sekolah tu lagi,diorang taknak kawan adik”, aku cakap, “kamu tu sombong sangat kot?”, “adik dah buat macam-macam tapi diorang semua buat tak tahu je”. keesokan paginya, aku hantar dia lagi. Kali ni dia nampak sekumpulan kawan-kawan dia tadi, kemudian dia peluk aku dan berkata “abang, adik tak nak pergi sekolah. Adik takde kawan”. Abang mana tak kasihan kalau adik dia macam tu. Aku cakap kat adik aku “sayang, biar diorang tak nak kawan dengan kita, janji kita tak kacau orang, kita datang nk belajar”. Dengan mata merah dia lap air mata dan masuk dalam kelas. Dia kuat. Itu lah adik aku. Ameera Binti Ridzuan!. Kemudian, aku ambil dia seperti biasa. Kali ini berbeza. Mukanya nampak ceria. Sampai rumah aku tanya, “gembira nampak, sekolah best?”, dia senyum sambil berkata, “adik dah dapat kawan”,hahaha. Gembira aku tengok adik aku macam tu. Situasi ni memberikan aku satu pengajaran yang berguna. Ianya keperluan harian yang bukan berbentuk barangan. Kawan. Kawan memang diperlukan oleh setiap manusia. Haiwan pun pandai berkawan dan menghargai kawan inikan pula kita manusia.

5 comments:

radenstein said...

yupp..kwn i2 pnting.
namun ia seperti ombak.
dtg dan pergi.
adakala spt tali gitar.
kdgkala renggang.
hha!!

tanpa nama said...

abang yang mithali. bole buat nanges baca ni :/

bononaladyz said...

memang kita tak boleh idup sorg2 kt dunia nie...
itulah kehidupan manusia, saling
bergantungan dengan orang laen.

sape yang boleh idup sorg2, sombng xnk bcmpur org laen? ckp ckit kat den..!
takdo makno eh..

Naz said...

ya.
kwn mcm tali gitar.
kene tune kdg2.

abg mithali?
mmg..hahahaha

btol tu kak ain.
spe bleh idup sorg2..
tarzan pn kawan ma..

花生豆花Star said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社