Thursday, December 17, 2009

Apam Balik part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penonton di rumah mahupun di studio.bertemu kita sekali lagi dalam rancangan “Bawah Kuali Hitam”. Rancangan yang membawakan pelbagai menu dan resipi yang menarik untuk disajikan kepada penonton. Ok, pada minggu ini saya akan menunjukkan cara-cara membuat “apom balik ibu”. Kita ada bahan-bahan yang diperlukan ialah….(Lampu ditutup)

Aku sudah berkerjaya. Setelah mendapat lulusan luar Negara dalam bidang masakan aku terus bekerja sebagai chef terkemuka di salah sebuah hotel di New York. Di sana aku dapat mempelajari, merasai dan menghidangkan pelbagai hidangan yang lazat kepada pengunjung. Semua yang merasai masakan ku telah memuji dan terpesona dengan kelazatan hidangan yang aku cipta. Malaysia!.humm.sudah lama aku tidak pulang ke Negara asal ku. Tanah air ku. Barangkali kerana aku sibuk bekerja hingga tiada masa untuk aku pulang ke sana. Ayah ku telah lama meninggal dunia dan hanya ibu sahaja yang berada di kampung bersama-sama 2 adik perempuanku. Tapi aku tidak lupa untuk menghantar duit untuk mereka. Terakhir aku pulang ke kampung ketika aku melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan ku, micheal atau nama islamnya Muhammad Yusuf. Itulah kali terakhir aku pulang. Selepas itu aku langsung tidak pulang ke kampung malahan ketika ayah sakit dan meninggal dunia, aku langsung tidak pulang menjenguk. Ibu!. Ibu sudah berkali-kali menelefon aku dan menyuruh aku pulang. “apam, balik! Balik nak, ibu dah lama tak tengok kamu. Balik ye”.