Friday, December 23, 2011

Siaran Langsung

Jam dah pukul 2.30 pagi. Sekejap lagi team favorite aku lawan. Manchester united!. Takkan korang tak tahu. Abis apa yang korang tengok. Piala Malaysia? Piala FA? Ceh. korang tak tengok berita sukan malam tadi?
(tiru pemberita sukan)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, berita sukan kali ini kami mulakan dengan isu rahsuah bola sepak.

“Ada seorang pemain memiliki RM27,000 dalam akaunnya. Selepas didesak dia mengaku itu adalah imbuhan hasil mengatur perlawanan, kata seorang jurulatih pasukan R-Team mengenai rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain itu tahun lalu”
Berita selanjutnya, Malaysia digemparkan dengan letupan yang berlaku di Stadium Besar Jalan Lama. Menurut sumber ianya terjadi apabila berlaku rusuhan dan pergaduhan membabitkan penyokong tuan rumah dan pasukan lawan. Akibat daripada letupan itu Stadium itu musnah hampir 99% dan penyokong kedua-dua pasukan hanya mengalami kecederaan kecil.
Bola sepak kelayakan piala Asia, Malaysia layak ke peringkat seterusnya setelah menundukkan Kemboja 1-0 . gol yang dijaringkan oleh pemain veteran berusia 45 tahun, Sufian Ibrahim itu cukup untuk memastikan skuad negara ke peringkat seterusnya
Sekian bulletin sukan, majulah sukan untuk negara.

Korang tengok sendiri dari 3 cerita itu hanya satu saja yang mengembirakan kita sebagai peminat sukan, yang lagi 2 tetap pasal rahsuah, pasal bergaduh, pasal gaji lah apa lah. Kita sendiri pun naik meluat bila dengan cerita macam ni. Kalau cerita macam ni keluar tapi sukan Malaysia gah serata dunia tak pa. ini kita dekat situ jugak tak kemana.

(bunyi baby menangis)
Anak aku tadi tuh. Lepas kahwin nih memang susah sikit nak tengok bola. Bini aku ni lain macam sikit. Kami dah 2 tahun kahwin dan dia memang tak paham aku kalau bab tengok bola ni. Inikan minat lelaki, macam perempuan dengan kasut tingginya, rancangan memasaknya, majalah wanitanya. Begitu jugak dengan lelaki. Bulan ni saja aku dah 3 kali bergaduh dengan dia pasal bola ni dan pergaduhan kami selalunya pada hari sabtu dan ahad. Hari yang mana channel sukan penuh dengan perlawanan bola sepak. Arghh..aku memang tak tahu apa yang dia marahkan sangat. Dia bercakap pasal keluarga yang aku rasa tak ada kena mengena pun dengan bola yang aku tengok. Dia kata bola tu penting atau dia yang penting. Dah tentu-tentulah dia lagi penting tapi bila ada perlawanan bola aku akan tumpukan khas kepada bola.

aku selalunya akan keluar menonton bola sepak di kedai mamak dengan kawan-kawan aku. Tengok bola macam ni memang seronok. Kau boleh menjerit, bersorak sakan ikut suka hati kau berbanding kau tengok di rumah yang akan menyebabkan kau dimarahi sebab buat bising. Lagipun aku ambil inisiatif untuk tengok di mamak sebab tak nak menganggu isteri dan anak aku yang masih kecil tu. Nanti anak kau menangis boleh potong mood, nak lagi potong mood bila kita tengah syok tengok bola ni bini kau suruh tolong tengokkan anak. Yang lagi aku tak suka bila ada perlawanan tumpuan, time itu lah channel-channel swasta ni akan tanyangkan cerita-cerita menarik. Drama lah, telemovie lah, filem yang tak laku pun ditayangnya pada waktu tu. Mulalah bini aku akan terpengaruh untuk tengok cerita-cerita ni. Bergaduh lagi berebut nak tengok tv. Selalunya yang akan menang dia lah. Kalau tak dia ugut nak balik umah mak dia.
Penah sekali tu eh banyak kali tu,dia balik rumah family dia.memang aku lah yang kena menjawab dengan mak bapak dia. Aku dah berapa kali explain dengan bapak dia pasal hal ini. Bapak dia cakap “Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini haruslah bersederhana, jangan terlalu obses sehingga ada yang lupa menunaikan tanggungjawab yang wajib. “Agama tidak menghalang untuk berhibur, tetapi biarlah bersederhana dan tidak meninggalkan suruhan yang ditetapkan Allah SWT,”

Apalah yang bini aku mengadu ntah sampai bapak dia cakap macam tu. Aku explain lagi,kali ni dia cakap macam ni pulak. “Ayah menyarankan agar kamu peminat bola sepak dan juga seorang suami menonton perlawanan di rumah dan bukan di kedai kopi. Bila menonton perlawanan bola di rumah, si isteri tidak merasa keseorangan dan bila anak kamu dah besar,diorang ni mempunyai ruang untuk bercakap masalah peribadi dengan bapa mereka. Mana-mana perlakuan yang memberi kesan kepada amalan yg wajib adalah berdosa.
Lantas aku bangun dan cakap, ayah,semua ni hanya bola sepak,saya ulang hanya bola sepak. Kenapa semua orang tak paham nih. Tapi aku tahu ianya akan memburukkan keadaan jadi aku bersabar. Jalan paling mudah adalah aku minta maaf dan cakap aku takkan buat lagi. Tapi aku tau yang aku akan terus dengan minat aku ni.

Monday, January 24, 2011

pemberitahuan!

Pemilik blog ini belum mati.
mungkin kerana beberapa sebab terpaksa dia tidak membuat sebarang post di sini.
tidak mengapa.
dia akan kembali tidak lama lagi.
memandangkan duit sedikit ada.haha.broadband mahal.hahaha.

ok terima kasih

Friday, June 18, 2010

pesanan ke ucapan.

arwah Dr.Anuar Nor Arai pernah cakap kt aku camni "Kau ni bagus.in character"

haha.aku gelak je.mau taknya waktu tu tengah wat pengambaran filem pendek ape ntah pukul 4 pagi.aku dh ngantok gila waktu tu.mata pun dah stim.haha.waktu tu la arwah dtg cakap macam tu.hahaha

jonny bikin filem.al-Fatihah

Monday, May 31, 2010

laluan motosikal

siang tadi aku teman member kau g celcom center. dalam perjalanan hujan rahmat pun turun dengan lebat membuatkan aku membawa moto ala-ala ciritku di hujung pintu.selamat sampai dengan bergaya dan hujan pun makin lebat di iringi guruh yang kuat.aku g bayar bil tnb jap.dia dah settle keje, kitorang makan kt kedai mamak.aku kena teh tarik satu tp panas r pulak.

aku: mamak,kasi ais sikit.
mamak kau: ouh...nasi boleh amek..

aku dah cengang,silap ke aku ckap.aku try lagi.jawapan nya sama.aduh.perit.ejaan ais ngn nasi memang nak dekat sama A.I.S/N.A.S.I.sebutan aku rasa tak.takpe.aku maafkan.abis makan aku balik tukar baju untuk ke DBP nak tgk show pertama anugerah teater merdeka.aku pun konvoi ngn arip pemain gitar ke sana. lalu lah mengikut highway federal.ikut laluan moto tu.agak laju jugakla.moto pun banyak time ni.aduh.
dalam mengikut laluan moto ni aku nampak macam ada kain tengah jalan.aku makin dekat ngn kain tu.sekali lalu rupanya bendera Malaysia.aduh.ada la aku rasa nk berenti nk angkat(nk buat patriotik la).tp rasa je la sebab moto belakang aku tu dh mcm kapal terbang da.Malaysia! maafkan aku.

sampai je DBP, aku teringat kejadian td.dengan niat aku nk g tengok teater merdeka ni.cis. ni rupanya teater pertama anugerah teater merdeka yang aku tgk.aduh.kt laluan moto pulak tu.

mai bak hang



sudah lama tidak membuka blog sendiri dan menulis sesuatu kedalamnya.mungkin sebab aku malas nk menulis atau aku lebih suka bercakap atau aku malas bercakap atau aku suka tidoq.hum..hampir jugakla terlupa password sendiri..

ketelanjuran menulis ni aku nk menjemput hampa suma ke teater anugerah merdeka yang diadakan di DBP pada 31 mei-5 jun..18 skrip akan dipentaskan termasuk skrip aku (cis, kau buat skrip,mcm kau bagus). ntah, dah nak buat, ikut suka aku la, aku menulis Merdeka,Murdeka,Mirdeka dan di pentaskan dengan arahan aku.peduli apa aku.aku syok sendiri kot.haha.mengikut ramalan cuaca, aku ini adalah arahan pertama aku diluar dari UiTM (hang mai tgk,baru hang komen)

datang la weh kalau rasa hang duk umah layan maggi ngn ayaq kosong tu mcm bosan sambil mengaru tutututututtttttttttt..

teater kesemuanya 10-15 minit bak hang.

Thursday, December 17, 2009

Apam Balik part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penonton di rumah mahupun di studio.bertemu kita sekali lagi dalam rancangan “Bawah Kuali Hitam”. Rancangan yang membawakan pelbagai menu dan resipi yang menarik untuk disajikan kepada penonton. Ok, pada minggu ini saya akan menunjukkan cara-cara membuat “apom balik ibu”. Kita ada bahan-bahan yang diperlukan ialah….(Lampu ditutup)

Aku sudah berkerjaya. Setelah mendapat lulusan luar Negara dalam bidang masakan aku terus bekerja sebagai chef terkemuka di salah sebuah hotel di New York. Di sana aku dapat mempelajari, merasai dan menghidangkan pelbagai hidangan yang lazat kepada pengunjung. Semua yang merasai masakan ku telah memuji dan terpesona dengan kelazatan hidangan yang aku cipta. Malaysia!.humm.sudah lama aku tidak pulang ke Negara asal ku. Tanah air ku. Barangkali kerana aku sibuk bekerja hingga tiada masa untuk aku pulang ke sana. Ayah ku telah lama meninggal dunia dan hanya ibu sahaja yang berada di kampung bersama-sama 2 adik perempuanku. Tapi aku tidak lupa untuk menghantar duit untuk mereka. Terakhir aku pulang ke kampung ketika aku melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan ku, micheal atau nama islamnya Muhammad Yusuf. Itulah kali terakhir aku pulang. Selepas itu aku langsung tidak pulang ke kampung malahan ketika ayah sakit dan meninggal dunia, aku langsung tidak pulang menjenguk. Ibu!. Ibu sudah berkali-kali menelefon aku dan menyuruh aku pulang. “apam, balik! Balik nak, ibu dah lama tak tengok kamu. Balik ye”.

Thursday, November 5, 2009

teater kanak-kanak(percuma)


tempat : Taman Budaya Kuala Lumpur (berhampiran balai polis Petaling Street)

masa : 3 petang dan 8.30 malam

tarikh : 10 November 2009.

tiket : masuk percuma beb..sapa lg nk bg

pelakon : haiwan-haiwan dari semester 5 UiTM yang di import dari italy dan africa termasuk aku.comel.