Friday, December 23, 2011

Siaran Langsung

Jam dah pukul 2.30 pagi. Sekejap lagi team favorite aku lawan. Manchester united!. Takkan korang tak tahu. Abis apa yang korang tengok. Piala Malaysia? Piala FA? Ceh. korang tak tengok berita sukan malam tadi?
(tiru pemberita sukan)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, berita sukan kali ini kami mulakan dengan isu rahsuah bola sepak.

“Ada seorang pemain memiliki RM27,000 dalam akaunnya. Selepas didesak dia mengaku itu adalah imbuhan hasil mengatur perlawanan, kata seorang jurulatih pasukan R-Team mengenai rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain itu tahun lalu”
Berita selanjutnya, Malaysia digemparkan dengan letupan yang berlaku di Stadium Besar Jalan Lama. Menurut sumber ianya terjadi apabila berlaku rusuhan dan pergaduhan membabitkan penyokong tuan rumah dan pasukan lawan. Akibat daripada letupan itu Stadium itu musnah hampir 99% dan penyokong kedua-dua pasukan hanya mengalami kecederaan kecil.
Bola sepak kelayakan piala Asia, Malaysia layak ke peringkat seterusnya setelah menundukkan Kemboja 1-0 . gol yang dijaringkan oleh pemain veteran berusia 45 tahun, Sufian Ibrahim itu cukup untuk memastikan skuad negara ke peringkat seterusnya
Sekian bulletin sukan, majulah sukan untuk negara.

Korang tengok sendiri dari 3 cerita itu hanya satu saja yang mengembirakan kita sebagai peminat sukan, yang lagi 2 tetap pasal rahsuah, pasal bergaduh, pasal gaji lah apa lah. Kita sendiri pun naik meluat bila dengan cerita macam ni. Kalau cerita macam ni keluar tapi sukan Malaysia gah serata dunia tak pa. ini kita dekat situ jugak tak kemana.

(bunyi baby menangis)
Anak aku tadi tuh. Lepas kahwin nih memang susah sikit nak tengok bola. Bini aku ni lain macam sikit. Kami dah 2 tahun kahwin dan dia memang tak paham aku kalau bab tengok bola ni. Inikan minat lelaki, macam perempuan dengan kasut tingginya, rancangan memasaknya, majalah wanitanya. Begitu jugak dengan lelaki. Bulan ni saja aku dah 3 kali bergaduh dengan dia pasal bola ni dan pergaduhan kami selalunya pada hari sabtu dan ahad. Hari yang mana channel sukan penuh dengan perlawanan bola sepak. Arghh..aku memang tak tahu apa yang dia marahkan sangat. Dia bercakap pasal keluarga yang aku rasa tak ada kena mengena pun dengan bola yang aku tengok. Dia kata bola tu penting atau dia yang penting. Dah tentu-tentulah dia lagi penting tapi bila ada perlawanan bola aku akan tumpukan khas kepada bola.

aku selalunya akan keluar menonton bola sepak di kedai mamak dengan kawan-kawan aku. Tengok bola macam ni memang seronok. Kau boleh menjerit, bersorak sakan ikut suka hati kau berbanding kau tengok di rumah yang akan menyebabkan kau dimarahi sebab buat bising. Lagipun aku ambil inisiatif untuk tengok di mamak sebab tak nak menganggu isteri dan anak aku yang masih kecil tu. Nanti anak kau menangis boleh potong mood, nak lagi potong mood bila kita tengah syok tengok bola ni bini kau suruh tolong tengokkan anak. Yang lagi aku tak suka bila ada perlawanan tumpuan, time itu lah channel-channel swasta ni akan tanyangkan cerita-cerita menarik. Drama lah, telemovie lah, filem yang tak laku pun ditayangnya pada waktu tu. Mulalah bini aku akan terpengaruh untuk tengok cerita-cerita ni. Bergaduh lagi berebut nak tengok tv. Selalunya yang akan menang dia lah. Kalau tak dia ugut nak balik umah mak dia.
Penah sekali tu eh banyak kali tu,dia balik rumah family dia.memang aku lah yang kena menjawab dengan mak bapak dia. Aku dah berapa kali explain dengan bapak dia pasal hal ini. Bapak dia cakap “Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini haruslah bersederhana, jangan terlalu obses sehingga ada yang lupa menunaikan tanggungjawab yang wajib. “Agama tidak menghalang untuk berhibur, tetapi biarlah bersederhana dan tidak meninggalkan suruhan yang ditetapkan Allah SWT,”

Apalah yang bini aku mengadu ntah sampai bapak dia cakap macam tu. Aku explain lagi,kali ni dia cakap macam ni pulak. “Ayah menyarankan agar kamu peminat bola sepak dan juga seorang suami menonton perlawanan di rumah dan bukan di kedai kopi. Bila menonton perlawanan bola di rumah, si isteri tidak merasa keseorangan dan bila anak kamu dah besar,diorang ni mempunyai ruang untuk bercakap masalah peribadi dengan bapa mereka. Mana-mana perlakuan yang memberi kesan kepada amalan yg wajib adalah berdosa.
Lantas aku bangun dan cakap, ayah,semua ni hanya bola sepak,saya ulang hanya bola sepak. Kenapa semua orang tak paham nih. Tapi aku tahu ianya akan memburukkan keadaan jadi aku bersabar. Jalan paling mudah adalah aku minta maaf dan cakap aku takkan buat lagi. Tapi aku tau yang aku akan terus dengan minat aku ni.