Friday, June 19, 2009

tercanai roti canai


Teater “Intan yang Tercanai” akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP mempunyai beberapa panggung dan Balai Budaya ini adalah salah satu daripadanya. Balai ini mampu memuatkan 650 orang untuk program biasa tetapi Teater ini hanya akan menjual 350 orang penonton sahaja. Rekaan pentas “Intan yang Tercanai” ini istimewa. Berbentuk T seakan sebuah pertunjukan fesyen, tetapi pelakon akan datang dari berbagai arah.